Ahad, 29 Januari 2017

Cara Shopping di Lazada


Cara Shopping Online di Lazada. Sebenarnya dah lama nak cuba beli barang di Lazada iaitu portal membeli-belah paling popular di Malaysia. Saya selalu baca review yang positif tentang servis dan kualiti Lazada yang ditulis blogger tempatan. Tapi masih belum pernah cuba.

Sebelum ni selalu jugak usha-usha barang di Lazada. Banyak yang berkenan, harga berpatutan, tapi bila fikir-fikir balik... Do I really need it? Nope. Tapi hari tu saya browse handbags, kebetulan pulak ada diskaun sampai 90%. Perfect timing, because I seriously need another handbag.


Jadi saya beli handbag MNG. Murah sebab ada potongan harga. Proses pembelian pun mudah je dan barang sampai selepas dua hari dalam keadaan baik. Ternyata Lazada benar-benar menyediakan servis dan produk terbaik.

Bagi yang belum pernah shopping di Lazada, saya akan tunjukkan cara-caranya dalam entri ini.  

Cara Shopping di Lazada

1. Untuk beli barang, kena ada akaun Lazada. Layari www.lazada.com.my. Klik 'Login & Sign Up' >Isikan maklumat peribadi > Kemudian anda akan dapat email pengesahan menandakan telah berjaya mendaftar dan sedia untuk membeli-belah.

2. Pilih produk. Langkah paling best semestinya ketika nak pilih barang. Sebab banyak sangat pilihan yang ada di Lazada ni. Katakan anda nak beli external Buffalo Ministation, hanya klik 'Add to Cart'. Konon-kononya letak barang dalam troli dan sedia untuk bayar la ni.


3. Dialog box akan terpapar di skrin. Pastikan produk, harga produk. serta kuantiti item adalah tepat. Kemudian klik 'Checkout'.


4.  Langkah seterusnya kena isikan nama, alamat, dan nombor telefon. Pastikan anda isi maklumat dengan tepat. Kemudian klik 'Continue'.


5. Dibahagian 'Payment Information' anda perlu pilih cara pembayaran. Pilih satu di antara Credit or Debit Card, Online Banking & Celcom Aircash, PayPal, Maybank Installments, atau Credit Card on Delivery. Saya  guna online banking iaitu bayaran menggunakan CIMB Clicks atau bank lain. Anda perlu klik pada 'Online Banking' > pilih bank > klik 'Place Your Order'.

6. Anda akan terus di bawa ke CIMB Click untuk membuat pembayaran. Tak perlu masukkan jumlah kerana Lazada akan terus tolak jumlah harga barang yang anda beli.

7. Bila dah siap membuat pembayaran, anda akan menerima email pengesahan dan details pembelian. Jangan delete pulak. Nanti senang untuk buat rujukan.

Tip shopping di Lazada

1. Bandingkan harga. Setiap kali nak beli barang sudah pasti kita mahukan harga termurah. Sebab itulah anda perlu bandingkan harga produk di pasaraya dan portal online. Jika di pasaraya lebih murah kenapa nak beli online kan? 

2. Semak harga sebelum bayar. Pastikan anda double-check jenis produk yang anda beli. Bukan setakat harga, saiz, warna pilihan, kuantiti, dan warranty.

3. Kos penghantaran. Ada sesetengah item tidak mengenakan kos penghantaran. Manakala barang yang berat akan dicaj. Kena baca dengan teliti sebelum buat keputusan untuk membeli.

4. Voucher. Ini yang membuatkan Lazada menjadi pilihan ramai. Kadang-kala Lazada bermurah hati untuk beri kod voucher pada hari-hari tertentu. Cuma masukkan kod vaucer sebelum membuat pembayaran.

Harga termurah

Salah satu sebab kenapa Lazada ni menjadi pilihan adalah kerana memiliki pelbagai jenis produk. Paling penting, sentiasa menawarkan harga termurah dan memberi potongan harga sehingga 90%! Lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

Kalau nak beli dengan harga termurah, boleh klik mana-mana banner Lazada dalam blog ni. Iklan yang terpapar adalah 'sales' yang sedang berlangsung.


Terima kasih kerana membaca Cara Shopping di Lazada

Sumber : nikkhazami.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan